Friday, June 27, 2008

Ice Queen






























































































I don't know her name. However she skates on ice as if she's been doing it for ages.

Thursday, June 19, 2008

Shahrul Dan Surianah - Sungai Rambai, Melaka


Sudah agak lama juga majlis ini baru dapat post. Pasangan ini merupakan rakan karib sewaktu berkhidmat di negeri Pahang. Saya jaga Rompin, dia jaga Pekan. Masing-masing orang rumah kerja KL.


Mencabar juga waktu sesi penggambaran kali ni. Hujan renyai, sekejap-sekejab lebat. Macam mana agaknya rasa shooting sambil tangan sebelah pegang payung??

Rakan-rakan pengantin pun bermesyuarat tentang apakah akan kiranya akan berlaku sekira hujan masih tidak putus-putus.


Maka berpayunglah sekalaian rombongan pengantin lelaki menemui sang puteri tak kira selebat mana pun langit mencurahkan air matanya. Sudah agak lewat, namun hajat tetap diteruskan.







Maka tibalah sang puteri dengan kadar segera untuk menyelesaikan majlis sebelum pakar perunding hujan tidak mampu lagi menahan kandungan langit yang ingin menyambung curahan airnya.

Basah sikit pun takpe lah Shahrul. Dengan hujan, campur pelbagai tol dan lain-lain lagi, akhirnya ke jinjang pelamin juga kau.




Wednesday, June 18, 2008

Menang tu menang, yang tak tahan tu kene cubit..ARGH!


Model Photo Contest semasa Photoweek anjuran Profoto, Maju Junction. Gambar di atas berjaya mendapat tempat ke 5. Hmm... Tak sangka menang pun. Masuk sebab nak cari pengalaman. Selalu kawan baik saya bertanya; "Ada gambar kau yang dah boleh jual ke?" Kutukan, kritikan.... Nah ini jawapannya. Kemahiran saya sudah meningkat. Cuma belum tahap DEWA (Kata slanga orang muda sekarang). Isteri saya bangga. Cuma, lepas tu dia cubit lengan saya dengan berkata;"Gambar cantik, tapi jangan gatal-gatal lagi ambik gambar macam ni tau!"

Wednesday, June 04, 2008

Petrol naik harga lagi..............


Sebagai seorang yang mempunyai sebuah motorsikal, 2 buah kereta kecil, 1 MPV, (hmmm banyak gak harta aku, tak terlistpun) kenaikan sehingga 40% amat-amat terasa. Namun, usahawan dan peniaga akan berkata......."Inflasi seteruk mana pun, kuasa membeli kami tetap sama". Jadi, kalau makan gaji, janganlah terasa.