Friday, September 01, 2006

Stupid Minister

Kerajaan mampu kesan pemilik laman forum

PUTRAJAYA 21 Sept. – Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik memberi amaran kepada pemilik laman forum (blog) di negara ini bahawa kerajaan mempunyai keupayaan mengesan mereka.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengendali laman forum itu supaya berhati-hati dan jangan sesekali melanggar undang-undang negara.

‘‘Anda sembanglah (blog) walau apa pun tetapi jangan langgar undang-undang negara. Berhati-hati, kerana kami boleh mengesan anda,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Kebangsaan Tenaga Boleh Diperbaharui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Keng Yaik ditanya sama ada kementerian akan mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet bagi mengawal kegiatan laman forum itu.

Mengulas soalan tersebut, Keng Yaik berkata: ‘‘Saya tidak pernah terfikir untuk melakukannya.’’

Beliau menambah, undang-undang sedia ada sudah memadai bagi mengawal kegiatan tidak bertanggungjawab di Internet termasuk laman forum.

Pada majlis itu, Keng Yaik turut menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pusat Tenaga Malaysia (PTM) dan MHES Asia Sdn. Bhd. bagi membangunkan projek berskala penuh penghasilan tenaga berasaskan teknologi Biomass di Serting, Negeri Sembilan.



He doesn't know what happen in China when the gomen want to control the net. This is very funny indeed. In China Mainland, the government is trying very hard to control the content of the blog. They like to block words such as their leaders name etc. But then, how to control 1 billion people?