Friday, July 11, 2008

Hari Keluarga Kumpulan Perodua 2008

Hari Keluarga Kumpulan Perodua diadakan di Sunway Lagoon pada 19hb Julai 2008 yang lalu. Sebagai salah seorang Official Photographer, memang kami bersaing dengan Official Photographer lain dari kumpulan Sunway untuk dimasukan dalam corporate track record mereka dan jurugambar dari Search Media, jurugambar rasmi Kumpulan Search. Memang grand dan meriah. Acara pagi penuh dengan gimik pembukaan dan sukaneka. Petang pula dimeriahkan dengan konsert kecil kumpulan Search. Gambar di atas adalah MD baru Perodua, datang khas dari Jepun.





















Yang seronok mandi ni bukan abang-abang Celcom ye.









Thursday, July 10, 2008

Ahmad Fazrul dan Maisarah (Majlis Pernikahan)


Percaya atau tidak, 3 hari secara berterusan selama 13 jam membuat sesi fotografi sangat-sangat memenatkan. Sehingga hari ini, saya masih sakit tekak lagi, anak tekak menjadi merah. Hari Isnin, badan saya masih sengal-sengal sakit otot lagi. Semuanya itu berbaloi. Banyak yang saya belajar dari partner saya hari itu, En. Korie. Walaupun baru berkenalan, sesungguhnya pengalaman itu berharga sekali. Fazrul dan Sarah pula 'sporting' dan tak segan-silu dengan kami. Untuk melihat gambar-gambar yang lain, silalah luangkan masa melawat flickr saya.